Thursday, April 30, 2009

Orang Kampung Nak Kemudahan Sekolah Yang Selesa

Setelah 52 tahun negara merdeka, kemajuan negara dari segi fizikalnya memang tidak boleh dinafikan. Namun masih terdapat antara kalangan warganegara yang masih belum dapat menikmati erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana taraf hidup dan arus pembangunan yang mereka peroleh masih jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan- kawasan bandar.

Setelah 52 tahun merdeka, masih banyak keadaan bangunan sekolah-sekolah di luar bandar dan di kawasan pedalaman kelihatan amat uzur dan begitu naif sekali. Orang kampung mahukan bangunan sekolah serta kemudahan yang terbaik buat anak-anak menuntut ilmu kerana anak-anak adalah pewaris bangsa masa depan. Kalau bangunan dan kemudahan sekolah masih lagi pada tahap zaman sebelum merdeka macam mana anak-anak kami nak jadi pandai dan bijak macam anak-anak orang bandar. Anak-anak orang kampung pun teringin nak merasa tempat belajar yang nyaman, selesa, serta lengkap dengan segala kemudahan pembelajaran.

Setelah 52 tahun merdeka, anak-anak orang kampung masih lagi menghuni sekolah yang sudah usang, malah ada yang sudah tidak selamat digunakan.

Apa yang orang kampung harapkan ialah dahulukan dan segerakanlah projek-projek pembangunan untuk pendidikan. Jangan biarkan kami menunggu begitu lama....

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!

1 comment:

Anonymous said...

setahu saya sekolah di luar bandar lah yang baru-baru cuma tak dinafikan masih ada la sikit-sikit kampung yang belum menerimanya...bersabar lah....mana boleh buat serentak semua....
sekolah orang kaya ali di sungai gersik muar saya lalu dah dalam pembinaan...

Sekolah kat kampung saya kampung bayas langkawi pun dah dapat bangunan baru...saya rasa saudara nie pro pembangkang dari apa yang saudara tulis...cuba sebut sekolah di johor yang masih belum dapat bangunan baru?

Sekolah tanjung tohor di sungai pulai kubu kuat PAS di muar Johor pun bangunan sekolah nya cantik...cuma sayangnya kurang pelajar...dok asyik dengar ceramah sampai tak sempat buat anak...ini lah jadinya...pewaris melayu islam berkurangan...

sepatutnya kita bersyukur 52 tahun merdeka kita tidak lagi pi sekolah belajaq dok atas lantai...sekarang kerusi meja ada,api air ada...skim bantuan makanan ada,skim pinjaman buku teks ada,guru gaji dah mahal nak banding kan gaji guru masa zaman bapak saya jadi guru...dulu bapak saya pi meengajar jalan kaki,sekarang guru pi sekolah naik kereta...tak kan tak dak perubahan kot sedara??

dulu bapak saya cerita pi dia pi sekolah kasut pun tak ada,sekarang macam-macam jenis brand kasut mampu rakyat malaysia beli..tak kan tak da perubahan kot....